SHAH ALAM - Polis memberi amaran keras kepada semua pemilik pusat perjudian dalam talian yang masih bergiat aktif di negeri ini supaya menghentikan operasi mereka atau bakal berdepan dengan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca).
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata pihaknya sangat serius menggempur kegiatan haram itu kerana ia kini dilihat kembali aktif beroperasi di seluruh negeri berkenaan.
Berikutan itu, beliau berkata, sejak Rabu lalu, pihaknya mengarahkan semua ibu pejabat polis di sembilan daerah di Selangor untuk mempergiatkan operasi membanteras perjudian haram tersebut.
Katanya hasil risikan menunjukkan daerah Petaling Jaya, Serdang, Subang Jaya, Kajang, Gombak dan Klang Selatan merupakan antara kawasan dikesan mempunyai jumlah premis perjudian dalam talian yang tinggi.
"Sejak Rabu lepas, dalam tempoh hanya 48 jam, sebanyak 222 serbuan telah dilakukan dengan 233 tangkapan melibatkan pemilik premis dan 83 kaki judi.
"Sebanyak 3,120 set komputer, 207 komputer riba, enam mesin simulator judi dan wang tunai berjumlah RM19,205 turut dirampas dalam operasi tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Abdul Samah berkata hasil serbuan itu menunjukkan operasi membendung percambahan premis judi secara dalam talian di Selangor sedang dilaksanakan dengan lebih agresif dan akan diteruskan sehingga dapat dihentikan hingga ke akar umbi. - Bernama
Lapakpoker.com adalah salah satu Agen Poker Indonesia yang terpercaya dengan beraneka ragam bonus yang menanti Anda. Segera Daftarkan diri Anda Disini dan dapatkan berbagai Bonus menarik.
LahanPoker hadir kehadapan Anda dengan persentase mendapatkan BONUS JACKPOT lebih besar daripada Agen Poker Online Lainnya.
Contact Person :
0 comments:
Post a Comment